Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jangan ‘mengeluh’ perangi Covid-19
  • GLOBAL

Jangan ‘mengeluh’ perangi Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus  menyeru agar semua pihak supaya terus berusaha memerangi Covid-19 walaupun sudah letih menangani pandemik itu.

Bercakap pada perhimpunan tahunan utama WHO, semalam, beliau memberi amaran bahawa virus berkenaan ‘masih belum penat’.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan kemenangan Joe Biden pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) sambil menyuarakan harapan agar ia akan membawa kepada kerjasama global yang lebih erat bagi menamatkan pandemik itu.

Tedros turut menegaskan, amat penting untuk masyarakat mengikut sains dan menolak dorongan sikap ‘pejam mata’ terhadap ancaman virus berkenaan.

“Kita mungkin sudah letih dengan Covid-19. Namun, ia tidak penat dengan kita,” katanya.

Bercakap dari lokasi kuarantin beliau selepas menjadi kontak rapat kepada individu disahkan positif Covid-19, Tedros mengingatkan bahawa virus berkenaan menyerang atas kesempatan terbuka akibat kelemahan.

“Ia menyerang mereka yang lemah dari segi kesihatan. Namun, virus itu juga menyerang atas kelemahan lain: ketidaksaksamaan, perpecahan, penafian, pemikiran angan-angan dan ketidakpedulian yang disengajakan.

“Kita tidak boleh berunding dengannya mahupun bersikap menutup mata dan berharap ia akan hilang.

“Ia tidak mengendahkan retorik politik atau teori konspirasi. Satu-satunya harapan kita ialah sains, langkah penyelesaian dan solidariti,” katanya.

Mengulas lanjut, Tedros berkata, pandemik itu sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai perlunya masyarakat dunia kembali memberi penekanan terhadap kecenderungan ‘matlamat bersama’ yang telah terhakis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bersama semangat itu, kami mengucapkan tahniah kepada Presiden dipilih, Joe Biden, dan Naib Presiden dipilih, Kamala Harris. Kami menunggu untuk bekerjasama rapat dengan pentadbiran mereka,” katanya.

Sebelum ini, Biden membayangkan isyarat bahawa pentadbirannya akan menarik balik keputusan Donald Trump untuk mengeluarkan AS – negara penyumbang dana utama secara tradisinya – daripada WHO.

“Kita perlu memikirkan semula kepemimpinan yang dibina atas kepercayaan dan akauntabiliti antara satu sama lain, untuk menamatkan pandemik terbabit serta menangani ketidaksaksamaan asas yang menjadi punca kepada banyak masalah di dunia,” kata Tedros. – AFP

Continue Reading

Previous: Tiga maut dalam tembakan di pangkalan tentera
Next: Ketegangan memuncak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.