Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jangan ‘jual’ anak murid di media sosial
  • NASIONAL

Jangan ‘jual’ anak murid di media sosial

Utusan Sarawak 2 months ago
HADIR… Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada para petugas kementerian dan memberi ucapan semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Nilai, hari ini. -Foto BERNAMA

NILAI: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.

Hal ini kerana kandungan sedemikian boleh disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab termasuk bagi tujuan jenayah seksual kanak-kanak.

“Sekiranya guru ini seorang pempengaruh, carilah kandungan lain kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi dan sebagainya jika dedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.

“Ia mungkin membolehkan kanak-kanak jadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual… kita nak elak jenayah dan masalah ini berlaku, jadi guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan di dalam media sosial,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Bicara Eksekutif MADANI: Kepimpinan Pendidikan Memaknai Agenda Malaysia MADANI yang disertai lebih 300 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hari ini.

Pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam perkara ini dan menjadikan ia fokus utama untuk memastikan Internet selamat digunakan.

“Kementerian sediakan Internet di semua sekolah, ada sekitar 4,000 sekolah yang disasarkan untuk projek titik kehadiran, apa guna ada Internet murah, laju dan meluas tapi tidak digunakan dengan selamat, kita nak ia selamat digunakan terutama bagi kanak-kanak dan keluarga,” katanya.

Kempen Jelajah Internet Selamat yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional dan dirancang melibatkan 10,000 sekolah seluruh negara dijangka bermula dengan sekolah di sekitar Lembah Klang selepas Aidilfitri ini.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata guru wajar memahami trend terkini membabitkan kandungan kanak-kanak di media sosial supaya generasi itu dapat dikawal dan diberikan penjelasan sekali gus tidak kecanduan dengan pengisian negatif di Internet.

“Media sosial tidak sesuai untuk kanak-kanak, menerusi jelajah itu nanti, mesej yang saya mahu sampaikan kepada guru sekolah rendah ialah agar mereka menghentikan penggunaan TikTok untuk membuat kandungan melibatkan pelajar.

“Dalam media sosial mereka merakam serta menyimpan data dan apabila kita masukkan kandungan, sebenarnya kita telah menyerahkan maklumat diri dan keadaan sekeliling kepada pelayan dan platform yang dimiliki kebanyakan negara asing, itulah sebab kita perlu berwaspada dan tahu apa kandungan yang sesuai untuk dimasukkan dalam media sosial,” ujarnya.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Indeks kebahagiaan Malaysia hampir 90 peratus
Next: Malaysia antara destinasi persaraan terbaik dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.