Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jangan hilang walau satu kerusi, GPS perlu dominasi DUN
  • SEMASA

Jangan hilang walau satu kerusi, GPS perlu dominasi DUN

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PRESIDEN PRS, Dato Sri John Sikie Tayai ketika berucap pada Konvensyen GPS 2026 di BCCK, hari ini.

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) menegaskan bahawa dominasi penuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah kunci utama untuk memperkukuh kedudukan negeri itu dalam menuntut hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presidennya, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, kehilangan walaupun satu kerusi DUN boleh melemahkan kekuatan GPS, sekali gus menjejaskan keupayaan kerajaan negeri dalam berunding dengan Kerajaan Persekutuan.

“Dominasi GPS di DUN dan kekuatan kerajaan negeri adalah faktor utama yang memastikan Sarawak terus mendapat perhatian dan penghormatan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kehilangan satu kerusi pun akan melemahkan kedudukan kita. Ini tidak boleh kita biarkan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Menurut beliau, semua parti komponen GPS perlu saling menyokong dan mempertahankan kerusi masing-masing bagi memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa PRS sebagai antara komponen GPS turut merasai kebimbangan apabila pilihan raya semakin hampir, namun yakin kerjasama erat dalam gabungan itu mampu memastikan kemenangan menyeluruh.

“Kami dalam PRS sentiasa melihat cabaran yang mendatang, namun kami percaya rakan-rakan dalam GPS akan terus berdiri bersama untuk mempertahankan setiap kerusi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kekuatan politik GPS telah membolehkan Sarawak mencapai kemajuan pesat termasuk dalam aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur serta peningkatan hasil negeri.

Katanya, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil negeri melebihi RM14 bilion sejak 2024, hasil daripada kejayaan menuntut hak cukai jualan dalam industri minyak dan gas.

Selain itu, pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) turut menjadi pemacu utama transformasi Sarawak ke arah wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Segala pencapaian ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kestabilan politik dan kepimpinan yang kukuh.

“Oleh itu, kita mesti terus bersatu dan memastikan GPS kekal dominan demi masa depan Sarawak,” tegasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: GPS bukan sekadar bercakap tentang pembangunan, tetapi melaksanakan pembangunan Sarawak
Next: Sarawak kini tidak lagi ketinggalan, berada di landasan pembangunan lebih kukuh – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.