Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan hampakan harapan golongan muda
  • TEMPATAN

Jangan hampakan harapan golongan muda

Utusan Sarawak 3 years ago
DIRASMIKAN… Datu Penguang Manggil menyempurnakan perasmian Kelab Penyokong PDP dan GPS di Marudi.

MARUDI : Kawasan Baram masih memerlukan pembangunan dan perjalanan untuk membangunkan Baram masih lagi jauh, Kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

“Janganlah menghampakan harapan golongan muda di sini yang mahu melihat Baram maju seperti juga di kawasan-kawasan lain,” katanya.

Juteru itu Penguang yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu melihat setiap lapisan masyarakat bersepakat dan berjalan bersama serta memegang satu prinsip, bersatu untuk meguatkan lagi ‘Team Baram’.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kelab Penyokong Parti Demokratik Progresif ( PDP ) Marudi baru-baru ini.

Beliau merakam terima kasih kepada Pengerusi Pengelola kelab tersebut Kho Thien Seng atas usaha beliau menubuhkan kelab ini yang bertemakan ‘Go For Friendly Fight’.

“Tema tersebut bermaksud tidak merendah-rendahkan dan memburukkan orang lain jika berkempen,” katanya.

Penguang menzahirkan terima kasih kepada kaum Tionghua kerana mereka bersama parti-parti dalam komponen GPS, bergabung tenaga untuk melakukan yang terbaik kepada GPS.

Beliau berharap pada PRN tahun ini, semua kaum Cina di Marudi atau di Miri turun mengundi beramai-ramai supaya kita dapat majoriti yang lebih banyak daripada pilihan raya negeri sebleum ini.

“Ingin saya nyatakan bahawa undi Cina di Marudi tidak pernah menang semasa pentadbiran BN dan kali ini, di bawah pentdbiran GPS, saya mahu melihat majoriti undi Cina boleh mencecah lebih 80 peratus,” harapan Penguang.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Pilihan Raya Pilihan Rasional
Next: Elak politik ekstrim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.