LAWAS: Ubah sikap dan cara bekerja untuk pegawai Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Lawas dalam tangani isu air.
Masyarakat Lawas amat terbuka menerima penjelasan yang telus daripada bersikap menjauhkan diri daripada masyarakat.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjelaskan bahawa kehidupan rakyat di Punang, Awat-awat dan Sundar telah sekian lama berdepan isu air sejak sekian lama.
Beliau yang menghadiri mesyuarat khas JBALB Bahagian Limbang di Lawas semalam kecewa dengan sikap dan prestasi pegawai JBALB Lawas.
Beliau memberi amaran bahawa tidak akan bertoleransi dengan sikap kurang bertanggungjawab pegawai ini.
Seterusnya, beliau tidak mahu JBALB terlalu bergantung dengan pihak konsultan sebaliknya turun padang memantau prestasi projek yang dilaksanakan.
Oleh itu, beliau menagih komitmen tinggi JBALB dalam memastikan semua projek dibawah mereka dapat diselesaikan.
Pada masa sama, pegawai JBALB Lawas perlu meningkatkan hubungan kemasyarakatan dengan turun ke akar umbi menyelesaikan masalah air ini.
Menyentuh projek JBALB untuk loji Merapok, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua Sarawak mahu projek ini dilaksana mengikut jadual tanpa kompromi.
Seterusnya, Awang Tengah menjelaskan bahawa memantau keadaan di akar umbi penting berbanding terlalu bergantung pada laporan bertulis tanpa pergi ke lapangan.
Selain itu, Awang Tengah diberi taklimat penuh oleh pengarah JBALB Sarawak, Chang Kuet Shian dan wakil Jurutera JBALB Lawas.
Hadir sama, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Superintenden Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang Awang Nazeri Awang Saperi.
Oleh Adeng Idrus