Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Sejingkat siap 2025, mudahkan pergerakan antara Samarahan-Petra Jaya
  • TEMPATAN

Jambatan Sejingkat siap 2025, mudahkan pergerakan antara Samarahan-Petra Jaya

Utusan Sarawak 6 months ago

Uggah (tengah) ketika mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan jambatan Sejingkat hari ini. Foto HERRIEY NAHA

SEJINGKAT: Projek pembinaan jambatan Sejingkat yang menyeberangi Sungai Sarawak, bernilai RM365.7 juta dijangka siap akhir tahun depan. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jambatan itu adalah laluan utama kepada penduduk di kawasan sekitar.

“Jika siap nanti, jambatan ini akan memudahkan penduduk dari Samarahan ke sini (Sejingkat, Bako dan Petra Jaya).

“Projek ini tidak menampakkan sebarang masalah untuk pihak kontraktor.

“Walaupun terdapat sedikit perubahan kepada struktur reka bentuk, ia bukan menjadi batu penghalang kepada kontraktor,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak projek itu hari ini.

Uggah berkata jambatan sepanjang 1.28 kilometer itu adalah setinggi 26 meter dari paras air sungai itu bagi memberi laluan kepada kapal besar.

Katanya, setakat ini pihak kontraktor berjaya mendirikan tiang setinggi 30 meter.

“Saya akan mengadakan sesi lawatan rasmi pada akhir Februari 2025 nanti untuk memastikan peningkatan pemasangan tiang siap didirikan sekurang-kurangnya setinggi 50 meter,” katanya.

Beliau meminta kontraktor KACC Construction Sdn Bhd untuk mengotakan janji bagi menyiapkan sepenuhnya jambatan itu tahun depan.

Uggah juga berkata pembinaan jambatan itu turut membantu menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa kementeriannya terus komited memastikan setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, ketika pembentangan bajet 2025, Premier Sarawak telah memperuntukkan RM1.3 bilion kepada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan untuk kerja-kerja menaik taraf dan pembinaan di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berkata JKR Sarawak adalah sebahagian kakitangan bagi memantau dan turun padang memastikan setiap pembinaan berjalan lancar.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Kontraktor baharu ambil alih bina jambatan Rambungan, siap dua tahun lagi
Next: Pembinaan SMK Balingian ‘projek sakit’, penduduk sudah tunggu 11 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.