Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan ancam keselamatan ditutup
  • TEMPATAN

Jambatan ancam keselamatan ditutup

Utusan Sarawak 5 years ago
BAHAYA … Penduduk mengambil inisiatif menutup laluan kawasan jambatan berkenaan bagi mengelakkan berlaku kemalangan dan kecederaan.

ADI SAFARMAN

KABONG: Jambatan kayu di Kampung Sungai Pala yang menghubungkan kampung itu dengan kawasan pekan di sini kini rosak dan tidak boleh dilalui ketika ini.

Ketua Kampung Sungai Pala, Haini Salem memberitahu jambatan kayu berkenaan telah patah bahagian gelegarnya dan berbahaya jika dilalui.
Sehubungan dengan itu Haini meminta orang ramai supaya tidak melalui kawasan jambatan berkenaan bagi mengelakkan berlaku kemalangan dan kecederaan.

“Bahagian jambatan yang rosak kini sudah ditanda dengan kayu penanda dan satu notis sementara di letak di kedua-dua arah jalan masuk ke situ untuk mengingatkan orang ramai tentang penutupan laluan tersebut sejak 1 Syawal lalu,” kata Haini.

Menurut Haini lagi, pihak berkenaan sudah dimaklumkan perkara tersebut. Dan katanya sebelum ini pihak berkenaan telah menyatakan tentang perancangan untuk menggantikan jambatan berkenaan dengan membuat jambatan konkrit di situ.

“Sudah ada saya dimaklumkan tentang pembinaan jambatan konkrit sebelum jambatan ini rosak.

“Buat masa sekarang kami masih menunggu pembinaan jambatan konkrit yang dikatakan. Kalau boleh biarlah ia dapat dilaksana dalam kadar segera,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Penduduk Belawai disaring mulai hari ini
Next: Huang tinjau naik taraf Jalan Nyelong By Pass

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.