Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jamaluddin Muhammad dilantik CEO Bernama berkuat kuasa hari ini
  • NASIONAL

Jamaluddin Muhammad dilantik CEO Bernama berkuat kuasa hari ini

Utusan Sarawak 2 years ago
PELANTIKAN itu diumumkan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dalam satu kenyataan, semalam.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jamaluddin Muhammad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dalam satu kenyataan, semalam.

Wong berkata, pelantikan itu diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Pengelola Bernama di sini, semalam.

“Kita berharap dengan pengalaman dan pengetahuan luas beliau, Jamaluddin dapat menerajui Bernama dalam menghadapi cabaran semasa industri media,” kata Wong.

Jamaluddin, 59, menggantikan Roslan Ariffin yang telah berkhidmat sejak Julai tahun lepas.

Jamaluddin merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah berkhidmat di agensi berita itu sejak 38 tahun lepas.

Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Biro Kedah, Ketua Biro Putrajaya, Koresponden Bernama di Thailand dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Dalam Negeri serta Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama. Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang pada 9 Jun lepas.

Lembaga Pengelola merakamkan setinggi penghargaan kepada Roslan atas perkhidmatan beliau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai – Pakar
Next: JKM bincang dengan KDN, PDRM cadangan wajibkan saringan pengasuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.