PETRA JAYA: Pasukan bola sepak UKAS United dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Sarawak di sini, malam tadi.
Perlawanan yang bermula pada 8.00 malam itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat kesukanan dan menunjukkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan.
Walaupun hanya perlawanan persahabatan, kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh komitmen dan saling berbalas serangan bagi mencari jaringan.
UKAS United yang dibarisi oleh Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Reduan berjaya mendominasi babak pertama, namun pasukan KDJA tidak mudah mengalah dan bangkit memberi saingan pada separuh masa kedua.
Pertemuan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan tetapi juga memberi peluang kepada pemain untuk meningkatkan kemahiran dan keserasian dalam permainan.
Perlawanan berakhir dengan keputusan KDJA 10-5 UKAS United, namun lebih penting, semangat kesukanan dan persahabatan antara kedua-dua pasukan terus terjalin erat.
Oleh Mohd Neenatul Aizal