Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ‘Jalan keluar’ untuk kembali ke sekolah
  • NASIONAL

‘Jalan keluar’ untuk kembali ke sekolah

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 21 Jun -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menyantuni penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan bermula beroperasi hari ini dalam fasa tiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi kawasan Lembah Klang.?Menurut Khairy, pihaknya membuat ketetapan tersebut selepas 99 peratus warga emas di Lembah Klang dan 88 peratus di Selangor yang berdaftar untuk mendapatkan vaksin, telah menerima suntikan dos pertama atau mendapat tarikh janji temu masing-masing. ?Katanya individu yang telah berdaftar bermula 23 Feb lalu akan menerima tarikh janji temu mereka mulai esok untuk divaksinasi di PPV terbabit.? --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SANTUNI… Khairy Jamaluddin menyantuni penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan bermula beroperasi semalam dalam fasa tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi kawasan Lembah Klang. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin kepada semua pelajar yang akan menduduki  peperiksaan utama pada tahun hadapan disifatkan ‘jalan keluar’ terbaik  untuk  membolehkan pelajar kembali segera ke sekolah walaupun  negara masih ‘bertarung’ dengan jumlah kes harian Covid-19 yang tinggi.

Pengumuman  Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin pada 18 Jun lalu, merupakan khabar gembira seterusnya memberi sinar kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  2021 untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah sehingga menjelangnya tarikh peperiksaan.

Vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang diluluskan kerajaan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas,  dijangka akan diterima calon-calon peperiksaan  ini pada pertengahan Julai depan untuk dos pertama.

Sudah tentu usaha ini turut memberi kelegaan kepada guru dan ibu bapa bagi memastikan persediaan pelajar yang terjejas berikutan terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)  sebelum ini dapat kembali dipertingkatkan.

Vaksin yang  bakal diterima ini menjadi perisai terbaik pelajar khususnya bagi calon yang akan menduduki peperiksaan terutama dapat melindungi mereka daripada komplikasi teruk Covid-19, menurut Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Dr. Rosnida Mohd Noh.

Meskipun dapatan menunjukkan gejala Covid-19 yang dihadapi kumpulan kanak-kanak sehingga 17 tahun ini lebih ringan berbanding orang dewasa,  namun usaha pemberian vaksin ini sangat penting untuk memberi keyakinan kepada pelajar  bahawa mereka telah dilindungi  sebelum  kembali ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran.

Jelasnya, pelajar tidak perlu merasa bimbang dengan kesan sampingan seperti demam dan sakit kepala yang biasanya akan dihadapi  penerima vaksin  kerana ia hanya bersifat sementara.

“Apabila tidak mengambil vaksin, risiko jangkitan Covid-19 lebih besar sehingga boleh menyebabkan kesan akut dalam jangka masa panjang.

“Apa yang paling penting, apabila pelajar menerima vaksin,  secara tidak langsung akan mengurangkan gangguan terhadap proses pembelajaran sekali gus pelajar boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa,’’ katanya, kepada Bernama.

Dr. Rosnida menyatakan berdasarkan kepada situasi semasa dan pendedahan maklumat berkaitan vaksin melalui pelbagai saluran media, pelajar pada masa kini dilihat bersikap lebih terbuka  dan yakin  program vaksinasi seperti yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pensyarah Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad pula berpandangan,  pemberian vaksin kepada calon peperiksaan perlu lebih bersasar.

Jelasnya, pendekatan itu perlu supaya pelajar yang berkeperluan diberikan vaksinasi terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan pembelajaran mereka.

“Jangkaan kasar jumlah pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM tahun ini sekitar 500,000 orang.

 “Oleh kerana jumlahnya yang besar dan masa pendek, sasaran (pelajar) perlu jelas, kumpulan pelajar manakah yang perlu didahulukan, dalam kalangan pelajar bandar atau luar bandar?,’’ soalnya.

Anuar menyatakan sekiranya pemberian vaksin dibuat secara berperingkat, kumpulan pelajar luar bandar yang mempunyai kesukaran mendapatkan akses internet perlu diberi keutamaan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: ATM lancar operasi bersepadu
Next: Pengasuh taska didakwa dera kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.