Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan ke kebun Stapang siap
  • TEMPATAN

Jalan ke kebun Stapang siap

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

BAGUS… Dato Gerawat Gala bersama kontraktor dan wakil JKR semasa melakukan pemantauan projek jalan kebun Stapang dekat Marudi semalam.

MARUDI: Pembinaan jalan batu ke kebun Stapang di sini yang bernilai RM254,510.00 siap disempurnakan.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN),  Dato Gerawat Gala berpuas hati dengan pelaksanaan projek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, kos pembinaan jalan tersebut adalah di bawah Projek  Transformasi Luar Bandar (RTP) dikendalikan Jabatan Kerja Raya Bahagian Miri.

Jalan sepanjang 1.8 kilomter itu dilaksanakan Syarikat A & A Enterprise dan mula dibina pada September 2019 dan siap pada 1 Januari tahun ini.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata jalan berkenaan akan dipanjangkan dua kilometer lagi atas permintaan penduduk kampung Stapang.

Beliau menyerahkan kepada JKR untuk menganggarkan kos pembinaan sambungan jalan ini nanti.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Tukun tiruan Sarawak terpanjang di dunia
Next: 156,726 permohonan untuk Kenyalang Gold Card

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.