Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan empat lorong dua hala Serian – Sri Aman ditutup esok
  • WILAYAH

Jalan empat lorong dua hala Serian – Sri Aman ditutup esok

Utusan Sarawak 2 years ago

Peta menunjukkan empat lorong dua hala Serian – Sri Aman akan ditutup sepenuhnya esok bermula 10.00 hingga 11.00 pagi.

SERIAN: Empat lorong dua hala Serian – Sri Aman akan ditutup sepenuhnya esok bermula 10.00 hingga 11.00 pagi bagi kerja-kerja pemasangan ‘steel box trusses’ untuk jejantas dan kerja-kerja menaik taraf jalan.

Pihak Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching menerusi satu kenyataan media memaklumkan lokasi yang terlibat ialah CH25+700 – CH26+100 (KM208.9 – KM209.3) Sekolah Jenis Kebangsaan (C ) Sg. Menyan Jalan Serian – Sri Aman.

Pengguna jalan raya justeru diminta berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat sepanjang tempoh menaik taraf jalan sedang berlangsung.

Selain itu, mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan bersama di samping itu merancang perjalanan di kawasan-kawasan terlibat.

Sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumankan dari semasa ke semasa oleh pihak kontraktor.

Orang awam juga boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203400 untuk sebarang aduan atau pertanyaa lanjut berkaitan aliran trafik di kawasan terlibat.

Continue Reading

Previous: Wahab menyumbang kepada masyarakat kampung sempena Ramadan
Next: 165 warga sekolah manfaat ceramah anjuran bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.