Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jagat kembali ke pawagam, rai ulang tahun ke-10
  • HIBURAN

Jagat kembali ke pawagam, rai ulang tahun ke-10

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FILEM Jagat.

KUALA LUMPUR: Meraikan sedekad sejak kali pertama ditayangkan, Jagat, filem tempatan yang mencetuskan fenomena, akan ditayangkan semula di pawagam pada 23 Mei ini, bersama-sama dengan tayangan perdana dua filem cereka Macai dan Neer Mel Neruppu (Fire on Water).

Asalnya ditayangkan pada 2015, filem arahan Sun-J Perumal itu mencetuskan impak besar kerana gambaran jujurnya tentang kehidupan komuniti India di Malaysia yang terpinggir dan dianggap sebagai satu titik penting dalam sejarah perfileman Malaysia.

“Kini, sedekad kemudian, filem ini kembali ke layar perak untuk memperingati kesan mendalam yang ditinggalkan. Tayangan semula ini disertai dua karya kreatif baharu Sun-J Perumal,” kata rakan kongsi pemasaran dan pengedaran (Malaysia), PocketPlay Films dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Walaupun setiap filem berdiri sendiri dari segi genre dan naratif, kesemuanya dihubungkan melalui watak Appoy – protagonis dalam Jagat – dan keputusan penting yang diambilnya pada kemuncak filem asal.

Dalam Jagat, Appoy dilihat melangkah ke dunia jenayah dan dua filem baharu ini membayangkan realiti alternatif yang lahir daripada detik penting itu.

Neer Mel Neruppu (Fire on Water) meneroka kemungkinan Appoy menjadi seorang remaja yang rajin belajar dan kemudiannya menjadi seorang pembikin filem, dengan tema refleksi terhadap identiti, cinta dan ekspresi diri. Sebaliknya, Macai menggambarkan kehidupan Appoy yang semakin jauh hanyut dalam dunia jenayah melibatkan dadah dan keganasan.

Gabungan Jagat, Macai dan Neer Mel Neruppu membentuk satu trilogi sinematik yang meneroka tema identiti, persekitaran dan rapuhnya takdir – menawarkan kepada penonton satu perjalanan yang penuh pemikiran melalui tiga jalan kehidupan berbeza bagi satu watak.

Macai dijadual ditayangkan bermula 24 Julai 2025 sementara Neer Mel Neruppu (Fire on Water) pada 18 September 2025. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: 26 siri animansi Mechamato ditayang menerusi Youku
Next: Perbicaraan penyanyi rap Diddy akan bermula seperti dijadualkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.