Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jaga kebersihan Taman Industri Kota Sentosa
  • TEMPATAN

Jaga kebersihan Taman Industri Kota Sentosa

Utusan Sarawak 5 years ago
MEMBERSIHKAN kawasan yang berselerak dan kotor.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah mengarahkan pihak kontraktor terlibat  dan pemilik atau penyewa tapak industri di Taman Industri Kota Sentosa supaya memastikan barangan terpakai atau barangan yang tidak dipakai, disimpan di premis masing-masing.

Bahan sisan atau buangan pula seharusnya dibuang di tempat yang betul dan bukan di tepi jalanan seperti amalan selama ini.

Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata,  ini adalah untuk memastikan MPP dapat menjalankan semua kerja penyelenggaraan di kawasan industri ini tanpa sebarang halangan.

“Para pemilik dan penyewa perlu memberi kerjasama kepada pihak MPP  untuk memastikan keadaan persekitaran dapat dipelihara dengan baik,” ujar beliau.

Di pihak MPP pula kata beliau, mereka akan melaksanakan tugas dan memohon peruntukan bagi semua kerja penyelenggaran berkenaan jalan.

“Pihak MPP pula akan memastikan ia menjalankan tugasnya sambil memohon kepada peruntukan untu

Beliau menambah kata, masalah seperti air tertakung dan parit tersumbat di Jalan Utama Batu Kitang adalah akibat masalah parit.

Memandangkan Jabatan Kerja Raya (JKR)  bertanggungjawab ke atas sistem jalan, Lo berkata MPP akan meminta tindakan JKR bagi memastikan masalah takungan air dan parit tersumbat ini diambil tindakan.

Selain itu kata beliau, masalah belukar yang menghalang pandangan lalu lintas di sana juga telah diutarakan kepada JKR.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Rampas semula DUN Engkilili – Harden
Next: Penduduk Kampung Tanam mohon jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.