Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jaga alam sekitar – Razaili Gapor
  • TEMPATAN

Jaga alam sekitar – Razaili Gapor

Utusan Sarawak 5 years ago
TERTARIK… Razaili Gapor meluangkan masa melihat pameran sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak,semalam.

BELADIN: Setiap individu harus sedar akan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar agar udara segar dapat dipelihara dan dinikmati dengan selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, persekitaran yang kotor akan memberi impak kepada penipisan lapisan ozon seterusnya kesihatan manusia.

Beliau berkata demikian dalam Program Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon dan Kesejahteraan Keluarga Sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak, semalam.

Justeru beliau menyarankan penduduk Kampung Beladin untuk sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dan membuang sampah ke tempat yang di sediakan demi kesejahteraan penduduk di situ.

Melalui program ini, beliau berharap inisiatif menangani isu-isu penipisan lapisan ozon,pemanasan global dan perubahan iklim akan dapat dipertingkatkan sebagai usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Selain itu, turut dimaklumi isu Kampung Beladin yang memerlukan tempat pembuangan sampah yang lebih besar berikutan jumlah penduduk di Kampung Beladin yang sangat besar.

Continue Reading

Previous: Harry, Elrica dinobatkan Mister, Miss IBF 2020
Next: Covid-19: Penduduk perlu waspada, patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.