Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jadikan musim perayaan sifar kemalangan maut
  • Utara
  • WILAYAH

Jadikan musim perayaan sifar kemalangan maut

Utusan Sarawak 2 months ago

KEMPEN KESELAMATAN...Paulus membantu salah seorang penunggang motosikal untuk menukar topi keledar baharu.

LIMBANG: kempen keselamatan jalan raya terus diperhebatkan dalam usaha kerajaan untuk menjadikan musim perayaan lebih selamat dan sifar kemalangan maut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata kempen keselamatan jalan raya diadakan secara berterusan terutama pada musim perayaan bagi memberi kesedaran pengguna supaya lebih berwaspada dan berhati-hati ketika berada di jalan raya. 

“Kempen ini adalah untuk mengurangkan dan mencapai sifar kemalangan maut terutama pada sambutan Aidilfitri ini.

“Pada masa sama juga kita ingin memberi kesedaran kepada orang awam agar lebih berwaspada dan menitikberatkan keselamatan di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Limbang menjelang Hari Raya bertempat di kawasan bawah Jejantas Taman Tasik Mas, Limbang semalam.

Turut sama ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Paulus berkata memandangkan aliran trafik akan terus meningkat menjelang musim perayaan, semua pengguna perlu lebih berhati-hati.

“Ini melibatkan kenderaan yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata ia penting bagi memastikan orang ramai dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat dan dapat meraikan hari raya bersama keluarga tersayang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Bintulu Car Boot Sale terima sambutan ‘luar biasa’
Next: Dua anggota bomba pantau empat kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.