Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jadikan al-Quran pedoman hidup
  • TEMPATAN

Jadikan al-Quran pedoman hidup

Utusan Sarawak 2 months ago
HARMONI… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan kenamaan lain memeriahkan Sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Bahagian Serian, petang tadi. -Foto ASTANA NEGERI SARAWAK

SERIAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1446H/2025M Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Bahagian Serian, petang tadi.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar al-Quran terus dijadikan pedoman hidup serta dipelajari dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat Islam.  

Beliau berharap keberkatan Nuzul Al-Quran terus menyinari Sarawak dan memberi rahmat kepada umat Islam.  

Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.  

Majlis turut menyaksikan perasmian naik taraf Masjid Bahagian Serian sebagai usaha memperkasa syiar Islam dan menjadikan masjid sebagai pusat ibadah serta penyebaran ilmu.  

Hadir sama, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar bersama isteri, Dato Fatimah Mohd. Iskandar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri, Datin Amar Baduyah Bujang serta barisan kenamaan lain.  

Continue Reading

Previous: Kesejahteraan belia diberi perhatian
Next: Terapkan nilai kasih sayang, murah hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.