Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jackson Larry johan Reka Cipta Tanglung
  • Tengah
  • WILAYAH

Jackson Larry johan Reka Cipta Tanglung

Utusan Sarawak 8 months ago
TAHNIAH… Para pemenang merakam gambar kenangan bersama warga SJKC Kiang Hin dan tetamu jemputan.

SIBU: Jackson Larry Fowaro dari Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang dinobatkan sebagai johan Pertandingan Reka Cipta Tanglung Sempena Hari Kuih Bulan 2024.

Tempat kedua dimenangi oleh Valina Natasha Padatrski dan Clofinayana Tyralis Canalies Emban yang juga dari SK Rantau Panjang meraih tempat ketiga.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasar Teku Sibu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merdeka, Jalan Oya, Jalan Berjaya, Jalan Muhibbah dan Pearl Garden.

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Sibu Mohammad Noridzwan Sawi dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Kiang Hin Kapitan So Teck Kee menyampaikan hadiah kepada pemenang di sekolah terbabit.

Noridzwan dalam ucapannya berkata, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sentiasa menyokong serta menggalakkan KRT di bawah seliaan mereka untuk mengadakan program atau aktiviti.

“Seperti penganjuran pertandingan tanglung dan bekerjasama dengan institusi pendidikan dalam kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau percaya pihak jabatan dapat memastikan setiap kawasan rukun tetangga mencapai objektif penubuhan KRT.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SCLF 2024 catat kehadiran 6,164 pengunjung
Next: 11 murid SJKC Kiang Hin terima sumbangan cermin mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.