Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ivory Coast buru kejayaan lebih besar selepas cipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
  • SUKAN

Ivory Coast buru kejayaan lebih besar selepas cipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN Ivory Coast meraikan kemenangan 2-0 pasukan mereka ke atas Curacao dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2026 di Stadium Philadelphia, Pennsylvania. Foto AFP

PHILADELPHIA: Penyerang Ivory Coast, Nicolas Pepe, percaya skuad The Elephants mampu melangkah lebih jauh pada Piala Dunia selepas menewaskan Curacao 2-0 pagi ini (waktu Malaysia), sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah negara itu.

“Kami amat gembira dan bangga kerana menjadi pasukan Ivory Coast pertama yang mara ke pusingan kalah mati. Semua orang bekerja keras untuk mencapainya dan akhirnya kami memperoleh ganjaran,” kata pemain Villarreal itu yang meledak kedua-dua gol ketika menentang Curacao di Philadelphia, masing-masing satu pada setiap babak.

“Kami tidak meletakkan sebarang had. Kami memiliki potensi yang besar. Kini kami sudah berada di pusingan kalah mati, jadi kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

PEMAIN Ivory Coast meraikan kemenangan 2-0 pasukan mereka ke atas Curacao dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2026 di Stadium Philadelphia, Pennsylvania pagi ini (waktu Malaysia). Foto AFP

Ivory Coast menamatkan saingan Kumpulan E di tempat kedua dengan mengumpul enam mata, hanya di belakang pendahulu, Jerman, menerusi rekod pertemuan sesama sendiri selepas mereka menewaskan Ecuador 1-0 dalam aksi pembukaan sebelum tewas 1-2 kepada Jerman.

Skuad Ivory Coast kali ini turut mencipta pencapaian yang gagal dilakar oleh generasi terdahulu yang dibarisi pemain seperti Didier Drogba dan Yaya Toure.

Sebelum edisi kali ini, Ivory Coast sudah tiga kali beraksi di Piala Dunia, dari 2006 hingga 2014, namun tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan.

Mereka kini akan menuju ke Dallas untuk aksi pusingan 32 terbaik, Selasa depan, menentang naib juara Kumpulan I, sama ada Perancis atau Norway.

“Kami benar-benar gembira. Kami akan meraikan kejayaan ini dan menikmatinya seketika sebelum memulakan persiapan menghadapi cabaran seterusnya,” kata ketua jurulatih kelahiran Perancis, Emerse Fae.

“Bukan semuanya sempurna, tetapi kami berjaya melayakkan diri dan kemenangan ini pasti memberikan suntikan moral kepada pasukan.”- AFP

Continue Reading

Previous: Plata akui laluan sukar jadikan kejayaan Ecuador lebih manis
Next: Belanda mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia selaku juara kumpulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.