Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Itali keluar amaran di 15 bandar akibat gelombang haba
  • GLOBAL

Itali keluar amaran di 15 bandar akibat gelombang haba

Utusan Sarawak 2 years ago
Seorang wanita melalui pancuran air di Bassin de la Villette, Paris. Foto AFP

ROM: Itali semalam menyenaraikan lebih 15 bandar dalam keadaan berjaga-jaga berikutan gelombang haba dijangka melanda beberapa kawasan hujung minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan negara.

Kementerian meletakkan 15 bandar dalam senarai amaran merah hari ini dan esok, termasuk Rom, Bologna, Florence, Catania, Campobasso, Bari, Frosinone, Latina, Perugia, Pescara, Rieti, Viterbo, Cagliari, Civitavecchia, Messina, dan Palermo lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi ANSA.

Gelombang haba bukan sahaja mengancam warga emas, golongan rentan, dan kanak-kanak tetapi seluruh penduduk, menurut amaran itu.

Suhu dijangka melonjak 12 darjah Celsius (53.6F) lebih tinggi daripada purata.

Ramalan Sabtu untuk Rom ialah 37C (98.6F), dan 43C (109.4F) pada Ahad.

“Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Poland semuanya menghadapi gelombang haba yang tinggi dengan suhu dijangka meningkat kepada 48C (118.4F) di pulau Sicily dan Sardinia – berpotensi merekodkan suhu paling panas di Eropah,” Agensi Angkasa Eropah memaklumkan pada Khamis. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Istana Elysee terima surat berisi jari manusia
Next: Djokovic berdepan Alcaraz perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.