Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Itali haramkan kemasukan 13 negara
  • GLOBAL

Itali haramkan kemasukan 13 negara

Utusan Sarawak 5 years ago
PENJUAL makanan dan minuman di pawagam pandu masuk terbesar Eropah, ‘Cinema Paolo Ferrari’, di parkir Cineland, Ostia, barat Rom.• FOTO AFP

Rom: Itali mengharamkan kemasukan pelawat dari 13 negara berisiko tinggi menularkan Covid-19.

Ia termasuk Brazil, Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominican, Kuwait, North Macedonia, Moldova, Oman, Panama dan Peru.

Perintah larangan itu ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan negara itu bersama-sama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan.

“Pandemik ini sudah memasuki fasa yang lebih serius,” kata Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mensia-siakan pengorbanan rakyat Itali, sejak beberapa bulan lalu.

Itali menjadi negara pertama di luar China dengan kes Covid-19.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 242,000 kes positif Covid-19 di Itali dengan lebih 35,000 kematian.-AFP

Continue Reading

Previous: UAE bakal catat misi pertama ke Marikh
Next: Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.