Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isu penyeludupan produk tembakau, beralkohol antara tumpuan Dewan Rakyat
  • NASIONAL

Isu penyeludupan produk tembakau, beralkohol antara tumpuan Dewan Rakyat

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Isu mengenai penyeludupan produk tembakau dan rokok serta  produk beralkohol antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. 

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan ditanya oleh Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang antara lain meminta anggaran kerugian hasil duti eksais, cukai jualan dan duti import akibat penyeludupan itu. 

Sementara itu, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan tegas berhubung kes penderaan kanak-kanak yang semakin serius di pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  menyatakan status terkini program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan sebelum ini.

Turut bertanyakan soalan ialah Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab utama pengukuhan nilai mata wang ringgit selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan mata wang asing seperti Dollar US, Singapura dan Rupiah Indonesia serta kesan ke atas ekonomi dan inflasi negara.

Selesai sesi soal jawab, menteri-menteri akan menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja mengikut kementerian masing-masing.  – Bernama

Continue Reading

Previous: PM cadang kurnia pingat, elaun khas kepada petugas SMART
Next: Malaysia catat 84 juta serangan siber sehari pada suku keempat 2022 – Fortinet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.