Isu capaian internet di Lawas perlu ditangani dengan serius

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata usaha Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama syarikat berkaitan kerajaan Sarawak, iaitu Sarawak Digital Economy Corporation (SEDC) dan Sarawak Energy Berhad (SEB), bakal membuka lembaran baharu dalam penambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, kehidupan rakyat di Lawas yang berdepan kesukaran mengakses internet perlu diberi perhatian serius oleh kementerian bertanggungjawab dan agensi berkaitan perkhidmatan internet Sarawak, iaitu Sacofa.

Awang Tengah berkata demikian pada Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) Pendigitalan Kesalinghubungan Limbang dan Lawas di sebuah hotel di Lawas baru-baru ini.

Kekerapan gangguan capaian internet menyukarkan penduduk melakukan urusan seperti pembelian barangan melalui SKAS, pendaftaran ke universiti dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan, selain menjejaskan operasi pihak media.

Malah, gangguan berkenaan turut membimbangkan apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas juga sering mengalami masalah capaian internet.

“Ini sesuatu yang penting kerana aspek keselamatan memerlukan pihak polis, bomba dan agensi lain memberikan respons segera apabila diperlukan.”

Oleh Adeng Edrus