Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
  • SEMASA

Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Isu agenda reformasi institusi, pembaharuan reaktor nuklear dan penyelewengan diesel subsidi di Malaysia antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu agenda reformasi institusi dibangkitkan oleh Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan.

Aminolhuda ingin tahu prestasi agenda reformasi institusi yang ditekankan oleh Perdana Menteri dalam menerajui Kerajaan Perpaduan dan tarikh lantikan pengerusi institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibuat melalui lantikan Parlimen.

Pada sesi sama, Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan rancangan kementerian untuk membina reaktor nuklear baharu dengan teknologi yang lebih baharu dan canggih bagi menggantikan Reaktor Triga Puspati (RTP) yang sudah digunakan sejak 1982.

Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) pula bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai tindakan tegas yang diambil bagi membanteras penyelewengan diesel subsidi di Malaysia terutama di negeri bersempadan dengan negara jiran seperti Sarawak, serta langkah proaktif bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan-bahan bersubsidi lain.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan menyambung semula perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari hingga 12 Disember. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Program NRW Kebangsaan dilaksanakan bermula 2025 hingga 2030 – PETRA
Next: Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.