Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
  • NASIONAL

Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya

Utusan Sarawak 4 months ago
ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bersama isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba, bergambar ketika lawatan di Cruise Tasik Putrajaya, sempena kunjungan rasmi Perdana Menteri Jepun ke Malaysia, hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik untuk melihat bangunan megah Putrajaya dari atas bot.

Beliau yang tiba pada 9.35 pagi, disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yoshiko meluangkan masa selama satu jam 30 minit beramah mesra dengan Dr Wan Azizah sambil melihat pemandangan Putrajaya.

Isteri Perdana Menteri Jepun itu, turut mencuba melukis batik Malaysia dengan motif wau bulan dan bunga raya sebagai hiasan dinding.

ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menemani isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba, melihat seni batik semasa lawatan di Cruise Tasik Putrajaya, sempena kunjungan rasmi Perdana Menteri Jepun ke Malaysia, hari ini. FotoBERNAMA

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, bersama isterinya tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari, dan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada Oktober lepas.

Menurut Wisma Putra, hubungan Malaysia dengan Jepun berkembang pesat dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.

Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang melibatkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024. 

Projek berkenaan mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (AS$30.4 bilion) dan telah mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.

Jepun merupakan pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (AS$34.41 bilion) pada 2023. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Perdana Menteri Jepun disambut secara rasmi di Perdana Putra
Next: Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.