Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM
  • JENAYAH

Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 2.52 petang dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM merupakan kali kesembilan bagi tujuan memberi keterangan.

Semalam, beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 6.11 petang selepas selesai proses merakam keterangan yang berlangsung selama tujuh jam.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Gara-gara ‘Private Placement’, wanita tanggung rugi RM102,000
Next: Polis rampas dadah bernilai RM2.64 juta dipercayai untuk pasaran Eropah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.