Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ismail Sabri beri keterangan esok
  • JENAYAH

Ismail Sabri beri keterangan esok

Utusan Sarawak 2 months ago
SEBAHAGIAN wang tunai dan barangan kemas yang dirampas ketika sidang media khas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berhubung kes bekas Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Presint 7, semalam. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi esok di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Kita akan mengambil keterangan beliau bagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, dan menambah kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 10 Februari lepas, Ismail Sabri telah menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari.

Semalam, bekas pemimpin itu merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai sekitar RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Anggota 7 RS gagalkan sindiket cubaan seludup minuman keras bernilai RM170,000
Next: ‘Homestay’ jadi stor dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.