Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Iran wajibkan pemakaian penutup hidung, mulut
  • GLOBAL

Iran wajibkan pemakaian penutup hidung, mulut

Utusan Sarawak 5 years ago
PERATURAN baharu ini mewajibkan pengguna pengangkutan awam atau mereka di tempat awam memakai penutup hidung dan mulut. • Foto AFP

TEHRAN: Iran mewajibkan pemakaian penutup hidung dan mulut bagi mengawal jangkitan Covid-19.

Peraturan baharu ini mewajibkan pengguna pengangkutan awam atau mereka di tempat awam memakai penutup hidung dan mulut.

Iran mencatat kematian tertinggi dalam sehari dengan 163 kes pada Ahad.

Imej pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei memakai penutup hidung dan mulut turut diterbitkan kerajaan bagi menggalakkan rakyat berbuat demikian.
Peraturan baharu ini juga dianggap satu titik perubahan buat Iran.

Republik itu masih bergelut dengan perintah sekatan dan keperluan membuka semula ekonominya.
Ramai bimbang kes jangkitan dan kematian Iran sebenarnya lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dilaporkan.-AFP

Continue Reading

Previous: Selipar jepun, air kosong jadi mas kahwin
Next: 21 terbunuh bas terjunam dalam tasik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.