Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IPCC sediakan saluran alternatif aduan salah laku polis – Ayob Khan
  • TEMPATAN

IPCC sediakan saluran alternatif aduan salah laku polis – Ayob Khan

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (dua,kiri) semasa menyempurnakan gimik majlis pelancaran buku ’Strengthening Integrity, Empowering The Nation: Integrity As The Foundation Of Leadership di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah (dua,kanan). Foto BERNAMA

KUCHING: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menyediakan platform alternatif kepada masyarakat untuk mengemukakan aduan berkaitan salah laku anggota polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata sebelum ini, kebanyakan aduan berkaitan salah laku polis dikendalikan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“IPCC merupakan satu lagi saluran yang boleh digunakan orang ramai. Jika sebelum ini hanya terdapat JIPS, mungkin ada pihak yang kurang selesa kerana beranggapan polis menyiasat polis, namun keadaan itu kini berbeza.

“IPCC berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dan mempunyai pegawainya sendiri untuk menjalankan siasatan terhadap aduan diterima,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku Integrity: Man of Integrity, Honour and Principle di sini, hari ini.

IPCC ialah badan pemantau bebas yang beroperasi di bawah Akta 839 sejak 1 Julai 2023, bertujuan meningkatkan integriti, menyiasat salah laku anggota PDRM dan mengesyorkan tindakan tatatertib.

Suruhanjaya itu menangani aduan salah laku seperti rasuah dan penyeksaan serta mengesyorkan penambahbaikan bagi meningkatkan kepercayaan awam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jangan pandang rendah kerjaya penjaga – Nancy
Next: Sarawak mahu lahir lebih ramai pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari kerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.