Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Institusi keluarga Islam perlu diperkukuh demi keharmonian Sarawak
  • TEMPATAN

Institusi keluarga Islam perlu diperkukuh demi keharmonian Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
AMANAT…Senator Dato’ Ahmad Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penangguhan Seminar Pengurusan Hal-Ehwal Keluarga Islam anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching (PKMBK) di Masjid Darul Ibadah, RPR Fasa 1, Batu Kawa, hari ini.

BATU KAWA: Institusi keluarga yang kukuh perlu terus diperkasakan bagi melahirkan masyarakat yang stabil, berakhlak dan sejahtera, sekali gus menjamin keharmonian yang dinikmati Sarawak selama ini.

Senator Dato’ Ahmad Ibrahim berkata, keluarga merupakan asas penting dalam pembentukan generasi yang berdisiplin, berintegriti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Menurut beliau, institusi keluarga kini berdepan pelbagai cabaran baharu susulan perkembangan teknologi, pengaruh media sosial, tekanan ekonomi dan perubahan gaya hidup yang semakin kompleks.

KENANGAN…Senator Dato’ Ahmad Ibrahim merakam gambar kenangan bersama tetamu yang lain pada Majlis Penangguhan Seminar Pengurusan Hal-Ehwal Keluarga Islam anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching (PKMBK) di Masjid Darul Ibadah, RPR Fasa 1, Batu Kawa, hari ini.

“Pengurusan hal-ehwal keluarga Islam hari ini bukan lagi hanya berkisar mengenai perkahwinan atau rumah tangga semata-mata, tetapi turut melibatkan aspek pendidikan, kewangan, kesihatan, kebajikan, pembangunan insan serta pembentukan nilai dan sahsiah dalam kalangan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penangguhan Seminar Pengurusan Hal-Ehwal Keluarga Islam anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching (PKMBK) di Masjid Darul Ibadah, RPR Fasa 1, Batu Kawa, hari ini.

SEKITAR suasana pada Majlis Penangguhan Seminar Pengurusan Hal-Ehwal Keluarga Islam anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching (PKMBK) di Masjid Darul Ibadah, RPR Fasa 1, Batu Kawa, hari ini

Tambah beliau, keluarga yang dibina berlandaskan agama, kasih sayang, tanggungjawab dan sikap saling menghormati akan menjadi benteng utama dalam membentuk masyarakat yang harmoni.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa ibu bapa, datuk dan nenek, pemimpin masyarakat serta seluruh komuniti memikul amanah besar dalam membimbing generasi muda agar mempunyai pegangan agama yang kukuh serta akhlak yang terpuji.

Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga keluarga bukan sahaja melibatkan kesejahteraan di dunia, malah turut berkait dengan kebahagiaan di akhirat sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah At-Tahrim ayat 6.

SEKITAR suasana pada Majlis Penangguhan Seminar Pengurusan Hal-Ehwal Keluarga Islam anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching (PKMBK) di Masjid Darul Ibadah, RPR Fasa 1, Batu Kawa, hari ini.

Dalam pada itu, Dato’ Ahmad merakamkan penghargaan kepada PKMBK atas usaha menganjurkan seminar berkenaan yang disifatkan sebagai platform penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan keluarga Islam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penceramah daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Baitulmal Sarawak yang berkongsi ilmu serta pengalaman bagi membantu peserta memahami cabaran pengurusan keluarga dalam era moden.

Katanya, usaha meningkatkan pendidikan, kesedaran dan bimbingan secara berterusan merupakan pendekatan terbaik bagi menangani pelbagai masalah sosial yang semakin mencabar.

Justeru, beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara berkala dan diperluaskan ke lebih banyak kampung, masjid, surau serta komuniti di seluruh Bahagian Kuching.

Menurut beliau, keharmonian yang dinikmati Sarawak hari ini lahir daripada keluarga yang berjaya mendidik anak-anak menghormati kepelbagaian kaum, agama dan budaya serta mengamalkan nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati.

“Marilah kita bersama-sama memastikan generasi akan datang mewarisi sebuah Sarawak yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi juga kaya dengan nilai murni, akhlak yang baik serta pegangan agama yang kukuh,” katanya.

Majlis diakhiri dengan perasmian penangguhan seminar serta sesi bergambar bersama peserta, penceramah, pemimpin masyarakat dan tetamu yang hadir.

Continue Reading

Previous: BKJ Academy terus cemerlang, lahirkan bakat sukan muda berpotensi
Next: 83,463 pertubuhan di Sarawak terlibat dalam Banci Ekonomi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.