Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Institusi asrama tingkat peranan dalam pembentukan generasi berdisiplin
  • Tengah
  • WILAYAH

Institusi asrama tingkat peranan dalam pembentukan generasi berdisiplin

Utusan Sarawak 14 hours ago
CHEE Kadir menghadiri Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Asrama SK Abang Leman yang turut diserikan dengan acara Ramah Tamah Aidilfitri dan sambutan hari lahir pelajar asrama, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Institusi asrama kini tidak lagi dilihat sekadar pusat penginapan bagi pelajar yang tinggal jauh dari sekolah, sebaliknya ia berperanan sebagai institusi kritikal dalam membentuk jati diri, disiplin, dan keperibadian unggul dalam kalangan generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, persekitaran asrama yang teratur menyediakan platform terbaik bagi pelajar untuk belajar berdikari dan menyesuaikan diri dalam komuniti yang pelbagai.

Beliau melahirkan rasa bangga terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dan pengurusan asrama dalam memastikan suasana pembelajaran dan kehidupan di sana sentiasa kondusif serta menyokong perkembangan sahsiah pelajar secara menyeluruh.

Menurut Chee Kadir, transformasi minda harus dilakukan bagi melihat asrama sebagai pusat kecemerlangan manusiawi, di mana nilai-nilai murni disemai secara berterusan melalui aktiviti harian yang berdisiplin.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman 2026 yang turut diserikan dengan acara Ramah Tamah Aidilfitri dan sambutan hari lahir pelajar asrama, semalam.

PELAJAR asrama SK Abang Leman merakamkan kenangan bersama dengan ADUN Kabong dan isteri.

Menyentuh mengenai kebajikan pelajar, beliau memuji pelaksanaan Program Sistem Keluarga Asrama (SisKA) yang dilihat sebagai inisiatif murni bagi mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah.

“Melalui SisKA, pelajar akan merasa lebih dihargai, disayangi, dan dibimbing oleh ‘ibu bapa angkat’ dalam kalangan guru, sekali gus mengurangkan rasa rindu kepada keluarga di rumah,” ujar beliau semasa majlis penyerahan anak SisKA tersebut.

Dalam majlis yang penuh bermakna itu, Chee Kadir turut mengambil kesempatan menyantuni para pelajar dan mengucapkan selamat hari lahir, sambil menitipkan doa agar mereka membesar menjadi insan yang berilmu serta berakhlak mulia.

Tegas beliau lagi, ukuran kejayaan sesebuah sekolah pada masa kini tidak seharusnya tertumpu kepada keputusan peperiksaan atau pencapaian akademik semata-mata.

Sebaliknya, keupayaan sekolah melahirkan murid yang mempunyai keseimbangan antara intelek dan sahsiah holistik merupakan indikator sebenar kejayaan dalam sistem pendidikan negara hari ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Platform Aidilfitri perkukuh sinergi industri dan komuniti
Next: Projek Klinik Kesihatan Nanga Atoi siap, tingkat perkhidmatan kesihatan penduduk luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.