Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Insentif Rebat RAHMAH: Tambahan kuota data minimum 5GB pada Aidilfitri pertama
  • SEMASA

Insentif Rebat RAHMAH: Tambahan kuota data minimum 5GB pada Aidilfitri pertama

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pemberian insentif rebat RAHMAH kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warga Malaysia pada Aidilfitri pertama.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata pemberian insentif rebat RAHMAH itu berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB untuk pengguna prabayar dan pascabayar.

Beliau berkata tambahan kuota data itu sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.

“Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat.

“… (Ia) di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat adalah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.

Ditanya jumlah kos bagi pelaksanaan insentif berkenaan, Fahmi berkata insentif rebat RAHMAH yang kali pertama diusahakan Kementerian Komunikasi itu ditanggung sepenuhnya oleh semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit.

“Tak… subsidi dan ia (insentif) bukan ditanggung kerajaan,” katanya sambil menambah jumlah akaun telekomunikasi yang berdaftar di Malaysia ialah sekitar 45 juta.

Maklumat lanjut mengenai insentif rebat RAHMAH Aidilfitri itu akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. 

Senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Seramai 5.4 juta akan menerima bantuan SARA mulai 1 April
Next: KPM selesaikan 258 projek sekolah daif di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.