Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Inovasi, AI pacu transformasi sektor awam Sarawak
  • TEKNOLOGI

Inovasi, AI pacu transformasi sektor awam Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
AMANAT…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Mini Konvensyen KIK 2026 anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Penjawat awam di Sarawak perlu memanfaatkan inovasi, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan serta menyokong proses membuat keputusan berasaskan data.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, idea dan projek yang dihasilkan menerusi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) perlu dilaksanakan dan dimanfaatkan dalam perkhidmatan awam, bukan sekadar untuk tujuan pertandingan.

Menurut beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, penggunaan AI dan teknologi digital dapat membantu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan.

JOHAN…Kumpulan Optimus muncul johan kategori MYSED pada Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi. Foto Norman B

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Mini Konvensyen KIK 2026 anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di sini, hari ini.

Abdul Karim turut menegaskan kepentingan kerjasama antara agensi kerajaan bagi memastikan inovasi yang dihasilkan dapat dikongsi dan digunakan secara lebih meluas.

Mini Konvensyen KIK 2026 yang berlangsung selama dua hari menghimpunkan 17 kumpulan melibatkan 123 warga kerja MTCP dan MYSED dari seluruh Sarawak.

JOHAN…Kumpulan Citra muncul johan kategori MTCP pada Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi. Foto Norman B

Bagi kategori MTCP, Kumpulan CITRA muncul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, manakala Kumpulan MUSES meraih tempat kedua dengan hadiah RM1,500.

Bagi kategori MYSED pula, Kumpulan OPTIMUS dinobatkan sebagai johan dengan hadiah wang tunai RM2,000, diikuti Kumpulan Impact V3nus di tempat kedua dan Kumpulan MASPINE di tempat ketiga.

Dalam perkembangan sama, Abdul Karim merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Impact V3nus yang menerima Anugerah Khas Persatuan Promosi Ciptaan dan Inovasi Indonesia (INNOPA) serta Anugerah Perak bagi kategori Inovasi Perkhidmatan Awam Asia (PSIA) pada Ekspo Teknologi Malaysia 2026 di Kuala Lumpur pada April lalu.

Oleh Norman B

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: ASEAN perlu satu suara realisasikan grid tenaga serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.