Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Inisiatif STEM Catalysts 2026 perkasa bakat muda luar bandar
  • PENDIDIKAN

Inisiatif STEM Catalysts 2026 perkasa bakat muda luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG pelajar Universiti Teknologi Sarawak (UTS) mempersembahkan model satelit kepada Dato Sri Haji Julaihi.

SEBUYAU: Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau terus menjadi platform penting dalam memperkasa bakat muda luar bandar menerusi pendedahan awal terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program berimpak tinggi itu dirasmikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, yang menekankan kepentingan membina asas pendidikan STEM sejak di peringkat sekolah rendah bagi melahirkan generasi berkemahiran pada masa hadapan.

Menurut beliau, usaha memperkukuh minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar luar bandar amat penting sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi digital.

“Saya percaya program ini amat sesuai khususnya untuk pelajar luar bandar. Dengan memupuk minat awal terhadap STEM, ia menjadi pemangkin kepada mereka untuk melibatkan diri dalam bidang ini pada tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Program anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dengan kerjasama Sarawak Skills, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) serta rakan strategik lain itu melibatkan 13 buah sekolah dengan penyertaan lebih 260 murid.

KENANGAN…Dato Sri Julaihi Narawi bersama tetamu kehormat yang lain dan para peserta program merakam gambar kenangan pada Program STEM Catalysts 2026.

Ia bertujuan merapatkan jurang akses pendidikan STEM di kawasan luar bandar melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal, pameran teknologi serta demonstrasi interaktif.

Turut hadir ialah Loh Boon Piaw serta Ismail Suhai yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan.

Dalam pada itu, Julaihi turut mencadangkan agar program seperti ini diperluaskan lagi pada masa akan datang supaya dapat melibatkan lebih banyak sekolah di Daerah Sebuyau.

“Sebuyau terdapat 19 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Saya berharap semua pelajar dapat dihimpunkan bersama pada masa akan datang agar program ini lebih bermakna dan memberi impak lebih besar,” tambah beliau.

STEM Catalysts 2026 sebelum ini telah dilaksanakan di Kota Samarahan, Simunjan dan Betong, sekali gus menandakan kesinambungan usaha memperkukuh pendidikan STEM di seluruh selatan Sarawak.

Oleh Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program P204 Pameran Pendidikan Betong 2026 dedah laluan pendidikan tinggi
Next: JKR Sarawak cadang iktiraf graduan Swinburne, buka peluang latihan industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.