Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Inisiatif Malaysia digital raih pelaburan RM16.2 bilion
  • BISNES

Inisiatif Malaysia digital raih pelaburan RM16.2 bilion

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Anuar Fariz Fadzil (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Penang Ng Kwang Ming (dua kiri) menukar dokumen perjanjian kerjasama sambil diperhatikan oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo (tiga kiri), Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo (tiga kanan) pada majlis perasmian Malaysia Digital (MD) Open Day 2025 di sini hari ini. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) mencecah RM16.2 bilion dari tempoh Januari hingga April tahun ini, disokong oleh keyakinan kukuh pelabur global, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata momentum pelaburan itu dijangka mencipta hampir 6,500 peluang pekerjaan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju digital serantau.

Menurut Gobind, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu, RM9.9 bilion atau lebih 60 peratus disumbangkan oleh pusat data dan pelaburan pengkomputeran awan.

“Daripada lensa inovasi, syarikat kecerdasan buatan (AI) kini membentuk bahagian terbesar daripada syarikat berstatus MD baharu iaitu sebanyak 27 peratus, diikuti pusat data (23 peratus) dan Perkhidmatan Perniagaan Global (11.5 peratus).

“Keyakinan pelabur terhadap Malaysia terus kukuh. Lima sumber utama pelaburan langsung asing kita termasuk Belanda, Singapura, Hong Kong, India dan United Kingdom yang mencerminkan infrastruktur teguh negara dan dasar yang mesra pelabur,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Hari Terbuka MD 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari dan Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh.

Gobind berkata pencapaian itu membuktikan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terkemuka dan yang lebih penting, mencerminkan impak dunia sebenar yang kita pacu merentas ekonomi dan tenaga kerja.

Menurutnya, setakat ini terdapat 3,891 syarikat MD yang aktif di Malaysia termasuk 254 di wilayah utara dengan Pulau Pinang sahaja berjaya menarik pelaburan diluluskan bernilai RM1.23 bilion yang dijangka mewujudkan 266 peluang pekerjaan.

“Walaupun 93 peratus daripada pelaburan ini didorong oleh pusat data dan awan, lebih daripada 60 peratus peluang pekerjaan adalah dalam sektor bernilai tinggi seperti reka bentuk IC (litar bersepadu) dan perisian terbenam,” katanya.

Hari Terbuka MD 2025 adalah platform khusus bagi libat urus antara syarikat berstatus MD, pelabur, agensi kerajaan dan pemegang kepentingan utama dalam ekosistem ekonomi digital Malaysia.

Acara itu juga menandakan pelancaran rasmi pejabat wilayah utara Kementerian Digital, mengukuhkan komitmen kerajaan terhadap pemerkasaan wilayah dan penjajaran seluruh negara. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Hampir 29,000 syarikat laksana e-Invois, 262 juta transaksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.