Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif bantu petani jana pendapatan
  • TEMPATAN

Inisiatif bantu petani jana pendapatan

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Julaihi Narawi merakam kenangan selepas dalam Majlis Penutupan AgriCOP DUN Sebuyau di Dewan Masyarakat Kampung Sampat, Sebangan, baru-baru ini.

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai inisiatif dan program dalam membantu petani di negeri ini untuk meningkat dan memperkembangkan hasil pertanian mereka.

Menteri Muda Insftrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, berkata, antaranya adalah program ‘Agriculture Community Outreach Programme’ (AgriCOP) yang akan menjadi usaha dalam menambah pendapatan kepada para petani.

“Malah Kerajaan Sarawak juga memberi bantuan kepada para nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh,”katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau itu berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan AgriCOP DUN Sebuyau di Dewan Masyarakat Kampung Sampat, Sebangan, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Pertanian Daerah Simunjan bersama Pertubuhan Perladang Simunjan itu telah disertai oleh 87 peserta.

Dalam majlis sama, Julaihi turut menyampaikan Program Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan(BIPPN) 2020 Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun 2020 berjumlah RM808,000 untuk 404 nelayan kawasan DUN Sebuyau yang diwakili Abdul Rahim Johari yang mewakili Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Sebuyau.

Turut disampaikan simbolik penyampaian input pertanian kepada 13 perserta yang berupakan barangan pertanian seperti racun dan perkakas untuk pertanian.

Continue Reading

Previous: Enam kawasan terjejas banjir terima bantuan
Next: Bazaarnita Dalat bakal siap Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.