Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia tawar sokongan susulan gempa bumi Myanmar – Thailand
  • GLOBAL

Indonesia tawar sokongan susulan gempa bumi Myanmar – Thailand

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA pasukan penyelamat berjalan melepasi serpihan tapak bangunan yang runtuh di Bangkok selepas kejadian gempa bumi. Gempa bumi kuat menggegarkan bahagian tengah Myanmar, semalam. Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto merakamkan ucapan takziah dan berikrar memberikan sokongan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand.  

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar semalam, menyebabkan kerosakan infrastruktur yang ketara dan mendorong kerajaan tentera Myanmar mengisytiharkan darurat.  

Gegaran turut dirasai di bandar berdekatan, termasuk Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City, mengakibatkan kemusnahan meluas serta mengorbankan lebih 140 orang, terutamanya di Myanmar.  

Dalam kenyataan di akaun rasmi X beliau, Presiden Prabowo berkata: “Saya mengucapkan takziah yang mendalam atas gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar dan Thailand. Doa dan ingatan kami bersama rakyat kedua-dua negara pada masa yang sukar ini.”  

Beliau menambah bahawa Indonesia “bersedia untuk menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk usaha pemulihan di kawasan yang terjejas.”

SEORANG lelaki berjalan di laluan yang rosak di Naypyidaw selepas gempa bumi melanda tengah Myanmar. Foto AFP

Indonesia sebelum ini telah menghantar 15 anggota pasukan perubatan serta 50.5 tan bekalan, termasuk bahan perubatan, makanan dan logistik, bagi membantu Vanuatu susulan gempa bumi pada 17 Disember tahun lepas.  

Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Indonesia mengesahkan bahawa tiada warganegaranya yang terjejas dalam gempa bumi di Myanmar.  

Kedutaan Indonesia di Yangon sedang memantau dengan rapat situasi dengan pihak berkuasa tempatan, manakala kira-kira 250 rakyat Indonesia di Myanmar, termasuk di Mandalay, melaporkan mereka selamat.

Di Thailand, di mana seramai 2,379 rakyat Indonesia menetap, kedutaan di Bangkok tidak menerima sebarang laporan mengenai warganegara yang terjejas akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan kementerian.

Pihak berkuasa di Myanmar dan Thailand terus menilai tahap kemusnahan sepenuhnya, dengan bantuan antarabangsa mula tiba. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Singapura sedia bantu operasi SAR gempa bumi Myanmar – MFA
Next: Enam kondominium di Bangkok diisytihar tidak selamat selepas gempa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.