Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan sempena Aidilfitri
  • GLOBAL

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 months ago
KERAJAAN Indonesia meringankan beban kewangan rakyatnya dengan mengurangkan harga tiket penerbangan kelas ekonomi sebanyak 13 hingga 14 peratus sempena Aidilfitri ini.

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengurangkan harga tiket penerbangan kelas ekonomi domestik sebanyak 13 hingga 14 peratus semasa tempoh cuti Aidilfitri 2025 untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kemudahan serta keselesaan perjalanan.

Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi berkata pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyokong rakyat yang merancang untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman mereka.

Pengurangan harga akan berkuat kuasa selama tempoh 15 hari, dari 24 Mac hingga 7 April, dengan tiket boleh dibeli dari 1 Mac hingga 7 April.

“Kami mahu memastikan rakyat dapat menikmati perjalanan yang lebih berpatutan dan selesa, terutamanya semasa perayaan penting seperti Aidilfitri,” kata Dudy dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Kewangan mengeluarkan peraturan yang menyediakan subsidi separa oleh kerajaan ke atas cukai nilai tambah (VAT) untuk penerbangan kelas ekonomi domestik.

Semua tiket ekonomi domestik yang dibeli antara tempoh itu akan menyaksikan VAT mereka dikurangkan kepada lima peratus, dengan baki enam peratus ditanggung oleh kerajaan.

Dudy turut mengetengahkan komitmen kerajaan untuk memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi semasa tempoh cuti yang sibuk, dengan kementerian memastikan bilangan pesawat yang mencukupi untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

“Kami akan memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi dan meningkatkan keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ramadan seluruh negara
Next: Hamas sedia teruskan baki perjanjian gencatan senjata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.