Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun

Facebook
WhatsApp
OKAGI Hayashi

GIFU (Jepun): Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan negara itu, semalam.

Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu, lapor Kyodo News memetik kementerian dan sumber lain.

Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu.

Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota, Wilayah Aichi. – Bernama – Kyodo

Cristiano Ronaldo kahwini Georgina Rodriguez

PARIS, Perancis: Cristiano Ronaldo dan pasangan jangka panjangnya, Georgina Rodriguez, melangsungkan perkahwinan pada Selasa dalam satu majlis di pusat peranginan