Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India di kedudukan ke-111 daripada 125 negara dalam senarai Indeks Kebuluran Global    
  • GLOBAL

India di kedudukan ke-111 daripada 125 negara dalam senarai Indeks Kebuluran Global    

Utusan Sarawak 2 years ago
INDIA di kedudukan ke-111 daripada 125 negara dalam senarai Indeks Kebuluran Global (Global Hunger Index) 2023 apabila memperoleh skor sebanyak 28.7 mata. Indeks berkenaan berdasarkan skala 100 mata, sifar mewaklili skor terbaik dan 100 skor tercorot.

NEW DELHI: India berada di kedudukan ke-111 daripada 125 negara dalam senarai Indeks Kebuluran Global (Global Hunger Index) 2023 apabila memperoleh skor sebanyak 28.7 mata.

Kajian indeks terbitan agensi kemanusiaan Ireland Concern Worldwide dan organisasi bantuan Jerman Welthungerhilfe semalam itu berdasarkan beberapa faktor antaranya kekurangan zat makanan serta masalah kerdil dan terbantut dalam kalangan kanak-kanak. 

“Dengan skor 28.7 dalam Indeks Kelaparan Global 2023 menyaksikan India mengalami tahap kekurangan makanan yang serius,” menurut laporan itu.

Indeks berkenaan berdasarkan skala 100 mata, sifar mewaklili skor terbaik dan 100 skor tercorot.

Laporan itu menunjukkan, kadar kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan sebanyak 18.7 peratus, manakala peratusan kanak-kanak kerdil sebanyak 35.5 peratus. 

Sri Lanka pula menduduki tempat ke-60, dengan memperoleh skor 13.3 mata, manakala Bangladesh berada di tangga ke-81 dengan 19 mata.

Nepal menduduki tempat ke-69 dengan skor 15 mata, manakala Pakistan di kedudukan 102 selepas memperoleh 26.6 mata.

Negara kedua paling ramai penduduk di dunia iaitu China merupakan satu daripada 20 negara yang mempunyai tahap kekurangan makanan paling rendah, dengan skor kurang daripada lima. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Thailand Srettha minta bantuan Malaysia jamin pembebasan rakyatnya
Next: PBB rayu AS$294 juta bantuan kecemasan tangani keperluan segera di GAZA, Tebingan Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.