India, China setuju lindungi perjanjian sempadan

Facebook
WhatsApp
SUBRAHMANYAM JAISHANKAR

MOSCOW: India dan China sepakat untuk melindungi perjanjian sempadan sedia ada serta mengurangkan ketegangan, lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan bersama menteri luar kedua-dua negara.

Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, bertemu di Moscow pada Khamis di luar Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai.

“Mereka sepakat kedua-dua pihak perlu meneruskan dialog, mematuhi sempadan ditetapkan dan meredakan ketegangan.”

“Kedua-dua Menteri juga bersetuju, kedua-dua pihak harus mematuhi semua perjanjian dan protokol  mengenai hal ehwal sempadan China-India, menjaga keamanan serta ketenangan di kawasan sempadan dan elak menimbulkan masalah yang boleh meningkatkan lagi ketegangan,” tambah kenyataan itu.- Bernama