Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Indeks seunit eksport, import meningkat
  • BISNES

Indeks seunit eksport, import meningkat

Utusan Sarawak 4 years ago
INDEKS nilai seunit eksport dan import Malaysia mencatatkan peningkatan positif.

KUALA LUMPUR: Kedua-dua indeks nilai seunit eksport dan import Malaysia mencatatkan peningkatan positif bulan ke bulan pada Mac 2021, masing-masing pada 2.2 peratus dan 1.0 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport menunjukkan pertumbuhan positif, didorong oleh kenaikan semua seksyen terutamanya minyak galian; minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan.

Sementara itu, indeks volum eksport turut mencatatkan trend yang sama dengan kenaikan dua digit 17.3 peratus pada Mac 2021, disumbangkan oleh pertumbuhan indeks barang-barang keluaran kilang (+31.4 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+25.4 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (+18.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan bersempena terbitan Indeks Perdagangan Luar Negeri untuk bulan Mac 2021 semalam.

Beliau menambah indeks volum eksport pelarasan bermusim merekodkan pertumbuhan kecil 0.3 peratus daripada 162.7 mata kepada 163.1 mata.

“Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing meningkat 2.3 peratus dan dan 28.0 peratus,” katanya.

Mohd Uzir Mahidin turut berkata, peningkatan indeks nilai seunit import pada Mac 2021 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh prestasi yang lebih baik bagi indeks minyak galian; alat jentera dan kelengkapan pengangkutan dan barang-barang keluaran kilang.

Sementara itu, indeks volum import mengembang 14.8 peratus pada Mac 2021 berbanding bulan sebelum, dirangsang oleh pengembangan indeks bahan kimia; alat jentera dan kelengkapan pengangkutan dan barang-barang keluaran kilang.

“Indeks volum import pelarasan bermusim pada Mac 2021 meningkat 3.3 peratus daripada 157.2 mata kepada 162.4 mata. Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit import menyusut kecil 0.5 peratus manakala indeks volum import meningkat 19.8 peratus,” kata Mohd Uzir.

Jabatan Perangkaan turut melaporkan terma perdagangan Malaysia meningkat 1.2 peratus bulan ke bulan daripada 101.5 mata kepada 102.8 mata pada Mac 2021.

“Berasaskan tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia turut kekal positif 2.9 peratus daripada 99.9 mata pada Mac tahun lalu,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia perlu generasi pembuat baharu
Next: Jaringan Prihatin ringankan beban 8.4 juta penerima BPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.