Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Import beras Indonesia meningkat 62 peratus dalam 11 bulan  
  • GLOBAL

Import beras Indonesia meningkat 62 peratus dalam 11 bulan  

Utusan Sarawak 5 months ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Indonesia mengimport 3.85 juta tan beras dari Januari hingga November tahun ini, meningkat 62 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, lapor Xinhua memetik Statistik Indonesia (BPS), semalam.

Nilai import beras itu berjumlah AS$2.36 bilion, meneruskan trend peningkatan sejak 2022 apabila nilai import direkodkan sebanyak AS$0.15 bilion. Pada 2023, nilai import beras dicatatkan sebanyak AS$1.45 bilion.

“Import beras tahun ini kebanyakannya dari Thailand dengan jumlah 1.19 juta tan, diikuti Vietnam sebanyak 1.12 juta tan, Myanmar 663,410 tan, Pakistan 642,140 tan, dan India 205,800 tan,” kata Pemangku Ketua BPS, Amalia Adininggar Widyasanti, dalam satu sidang media.

Indonesia berdepan cabaran memastikan bekalan beras domestik mencukupi berikutan kegagalan hasil tuaian yang disebabkan oleh fenomena El Nino tahun ini.

Bagaimanapun, Kerajaan Indonesia baru-baru ini menetapkan sasaran untuk menghasilkan 32 juta tan beras tahun depan bagi mencapai kecukupan bekalan makanan kendiri. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kereta api berkelajuan tinggi pertama hubungkan Berlin – Paris mulakan perjalanan
Next: Filipina sedia bawa pulang warganya, banduan hukuman mati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.