Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Impian penduduk Marudi memiliki jambatan tertunai
  • TEMPATAN

Impian penduduk Marudi memiliki jambatan tertunai

Utusan Sarawak 4 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunggang motosikal selepas upacara perasmian untuk melihat sendiri keindahan suasana di sekitar Jambatan Marudi. Foto JaPEN

MARUDI: Impian penduduk di Marudi dan Baram umumnya untuk mendapatkan jambatan akhirnya menjadi kenyataan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa beliau pernah menyatakan bahawa kawasan Baram pada keseluruhannya adalah kawasan  yang kaya  dengan budaya dan juga kawasan-kawasan lain yang boleh dibangunkan.

Katanya, dengan adanya jambatan ini maka Marudi dan Miri perlu dihubungkan untuk merancakan lagi industri pelancongan dan pertanian.

Katanya selain pelancongan, Baram juga kaya dengan kawasan tanah yang luas dan sesuai untuk dibangunkan dengan pertanian moden.

“Kerajaan berusaha untuk meneruskan pembinaan infrastruktur di kawasan Baram seperti jalan raya di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi ( HDA) yang bertujuan memajukan rakyat di Baram,” katanya berucap merasmikan Jambatan Marudi, hari ini.

RASMI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyempurnakan perasmian Jambatan Marudi Sg Baram.

Menurut beliau semua wakil wakil rakyat di Baram ini sentiasa bekerja keras bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan kawasan Baram ada akses jalan raya di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

“Kita teruskan usaha untuk membina jalan dari Miri ke jambatan Marudi yang telah siap ini dan kita terus bangunkan jalan sampai ke Long Terawan dan ke Long Iman,” tegasnya.

“Apabila kita buat jalan kita usahakan pertanian kita dengan cara yang  baru maka ekonomi kita mantap,” tambahnya.

Sehubungan itu menurut Johari pembinaan jalan dari Long Iman terus ke Limbang dan Baram bukan lagi kawasan yang mundur di malah kawasan Baram akan menjadi kawasan yang lebih maju.

“Maknanya Baram pada suatu hari nanti menjadi tumpuan dan tarikan pelancong  sekaligus meningkatkan dari sudut ekonomi kepada penduduk Baram.

Dalam pada itu Johari mengingatkan rakyat supaya tidak berpecah belah dan kukuhkan lagi perpaduan dan sentiasa bersatu untuk mencapai kemajuan.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerjaan Tempatan merangkap Pengerusi Majlis Perasmian Jambatan, Datuk Dr Penguang Manggil, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Haji Mohammad Abu Bakar Marzuki dan kenamaan yang lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Selaras semula laluan bas elektrik 103, tingkat kemudahan penumpang  
Next: 350 pelajar terima sumbangan Petronas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.