Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • IMF papar keyakinan pelaburan kian pulih
  • BISNES

IMF papar keyakinan pelaburan kian pulih

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA PILAH, 1 Ogos -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) beramah mesra dengan Penggerak komuniti Shahril Zakaria pada Program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan di Laman D'Permai, Juasseh, hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

RAMAH MESRA… Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) beramah mesra dengan Penggerak komuniti Shahril Zakaria pada Program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan di Laman D’Permai, Juasseh, Kuala Pilah semalam.• Foto BERNAMA

KUALA PILAH: Unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 turut menggambarkan bahawa keyakinan pelabur terhadap negara ini sudah kian pulih.

Bagaimanapun, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, ini hanya mampu dicapai sekiranya semua usaha termasuk menggerakkan ekonomi dilakukan sekarang.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan telah menggesa supaya kalangan penggiat industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memulakan semula aktiviti masing-masing.

“Itu adalah unjuran Bank Dunia dan IMF tetapi saya perlu tegaskan di sini bahawa ia boleh dicapai dengan syarat kita memulakan semula ekonomi itu daripada sekarang. Naratifnya bukan mengenai usaha menakutkan pelabur, sebaliknya (bagaimana) untuk memulihkan semula keyakinan mereka…kita tidak perlu takut-takutkan orang.

“Unjuran Bank Dunia dan IMF itu menggambarkan keyakinan pelabur sudah mula pulih, jika tidak kita tidak mungkin dapat mencapai angka sedemikian. Apa yang penting, usaha itu perlu dimulakan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara bersempena Aidiladha di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Mengulas selanjutnya, Mohamed Azmin berkata, maklumat yang diterima juga menunjukkan sebahagian besar sektor ekonomi negara sudah mula beroperasi dengan hanya beberapa isu perlu diselesaikan seperti kemasukan ekspatriat atau pegawai dagang asing ke Malaysia.

“Saya percaya apabila aktiviti (ekonomi) sudah bermula, kebergantungan sektor berkenaan terhadap insentif kerajaan akan turut berkurangan…namun mereka masih memerlukan sokongan kita seperti penglibatan mereka dengan pihak bank,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, siri jelajah membabitkan kesemua anggota Kabinet bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan, sedang giat dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Jelajah ini juga bagi mendapatkan maklum balas dalam kalangan pemegang taruh, rakyat, persatuan industri termasuk peniaga kecil mengenai cabaran semasa dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya juga sudah turun ke Johor, Melaka dan hari ini di Negeri Sembilan. Esok saya akan ke Pulau Pinang dan Kedah,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata 83 peratus daripada industri perumahan telah bergerak semula yang menjana aktiviti membabitkan 146 rangkaian produk di bawah sektor tersebut.

“Ini satu petanda baik kerana aktiviti itu masih dapat dijalankan walaupun memakan masa akibat penularan Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

– Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia X catat kerugian bersih RM549.7 juta
Next: Khushiri Salleh dilantik Pengurus Negeri TEKUN Nasional Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.