Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ikrar tangani perubahan iklim
  • GLOBAL

Ikrar tangani perubahan iklim

Utusan Sarawak 4 years ago
NARENDRA Modi (kanan) dan Mette Frederiksen berbual sebelum menghadiri mesyuarat peringkat delegasi di New Delhi, India. • Foto AFP

INDIA: INDIA dan Denmark pada Sabtu memperkukuhkan kerjasama bilateral mereka dalam menangani isu perubahan iklim global.

Kerjasama itu diterjemahkan menerusi satu perjanjian antara kedua-dua pemimpin negara berkenaan iaitu Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakan sejawatnya dari Denmark, Mette Frederiksen.

Perjanjian tersebut memfokuskan pada pengurusan Akuifer dan sumber air bawah tanah untuk penduduk India berjumlah 1.4 bilion orang, serta mendirikan pusat mempromosi penggunaan penyejuk semula jadi di iklim tropika.

Perjanjian itu dimeterai menjelang persidangan perubahan iklim di Glasgow (COP26) pada hujung bulan ini.

Kerjasama antara kedua-dua negara dalam pembaharuan tenaga hijau bukan perkara baharu.

Ia malah telah bermula sejak tahun lepas lagi dengan ‘kerjasama strategik hijau’ antara Denmark dan India yang membangunkan peluncur angin pesisir serta tenaga boleh diperbaharui.

Kunjungan tiga hari Perdana Menteri Denmark itu juga menandakan ketua negara pertama yang mengunjungi New Delhi sejak wabak Covid-19 melanda negara itu.-AFP

Continue Reading

Previous: 100 MAUT, HILANG kapal terbalik
Next: Dunia mula catu elektrik, bekalan tenaga merosot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.