Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ikhlas labur AS$18 juta dalam GMI Filipina
  • BISNES

Ikhlas labur AS$18 juta dalam GMI Filipina

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGERUSI Ikhlas, Datuk Seri Nazir Razak.

KUALA LUMPUR: Ikhlas Capital Singapore Pte. Ltd. (Ikhlas), pengurus dana ekuiti swasta ASEAN yang diketuai bekas pengerusi kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak serta profesional kewangan terkenal antaranya Kenny Kim, Gita Wirjawan dan Cesar Purisima telah melabur AS$18 juta dalam Glacier Megafridge Inc (GMI), Filipina.

Nazir yang juga Pengerusi Ikhlas berkata, ketika krisis Covid-19 telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan global, ia mempunyai keyakinan tinggi terhadap GMI sebagai penyedia perkhidmatan berkualiti.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuhan GMI berikutan kami yakin syarikat itu mempunyai kelebihan bersaingan yang kukuh dengan kemudahan terkini dan mempunyai pasukan pengurusan yang sangat berpengalaman dan berada di kedudukan baik untuk mengembangkan bahagian pasaran dan membuktikan daya tahan dalam menempuhi krisis ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pengasas Bersama dan Presiden GMI, Arturo C. Yan berkata, pelaburan dari Ikhlas merupakan satu kejayaan penting memandangkan syarikat itu mahu memulakan pelan pengembangannya.

“Kami yakin dengan pertumbuhan menerusi kerjasama strategik dan bersinergi ini. Bersama-sama dengan rangkaian tempatan dan serantau Ikhlas, kami akan dapat meningkatkan tawaran nilai kami dari segi liputan lokasi dan kualiti perkhidmatan. Kami akan bekerja keras untuk menjadi pemain rangkaian sejuk utama di rantau ini,” katanya.

Diasaskan pada 2005, GMI kini merupakan satu daripada penyedia perkhidmatan logistik rangkaian sejuk di Filipina yang menjadi pilihan bagi kebanyakan syarikat tempatan dan syarikat mewah antarabangsa.

Beroperasi di lapan kemudahan utama di Metro Manila dan wilayah utama, GMI mempunyai kapasiti palet agregat melebihi 50,000 dengan semua kemudahannya dibina mengikut piawaian antarabangsa selain mempunyai pensijilan industri seperti HACCP dan ISO 22000.

Sebelum GMI, Ikhlas telah melabur di Pelikan Holding AG, syarikat pembuatan kelengkapan alat tulis, pejabat dan seni di Jerman pada tahun lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan umum pelan pemulihan ekonomi akhir Mei
Next: Manfaat sambungtara ekonomi dengan China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.