Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ijezie import baharu KCFC
  • SUKAN

Ijezie import baharu KCFC

Utusan Sarawak 4 years ago
ORANG BAHARU … Michael Ijezie Chukwubunna dikhabarkan akan bakal menyertai pasukan KCFC pada musim ini.

PEMAIN import dari Nigeria, Michael Ijezie Chukwubunna dikhabarkan bakal menyertai pasukan Kuching City FC (KCFC) pada saingan Liga Premier 2021 yang akan bersambung semula Julai nanti.

Menurut Ketua Jurulatih KCFC, Irfan Bakti Abu Salim memberitahu kepada media tempatan berkata Ijezie, 32, adalah merupakan bekas penyerang pasukan Langkawi City FC musim lalu.

“Ijezie akan menyertai KCFC, bagi menggantikan Bryan Jones yang telah diketepikan daripada pasukan selepas beliau menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang kempen pusingan pertama Liga Premier 2021, malah kecederaan yang dialami oleh beliau memuktamadkan beliau disingkirkan daripada pasukan.

“Saya harap dengan kehadiran (Ijezie) ke dalam skuad KCFC nanti akan dapat memperhebatkan jentera serangan yang ditagih dan membelenggu pasukan sejak pusingan pertama Liga Premier,” ujarnya.

Irfan turut mendedahkan seorang lagi pemain import KCFC akan bakal menerima nasib yang sama seperti Bryan yang akan diketepikan pasukan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti pemain tersebut setakat ini.

Ijezie sebelum itu merupakan pemain import UKM FC bagi tempoh 2018 hingga 2019 sebelum berhijrah ke Langkawi City FC pada 2020. 

Pemain yang mempunyai rekod jaringan yang tinggi itu kini difahamkan sedang menjalani kuarantin di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, dan dijangka akan dapat menyertai pemain kelab baharunya untuk sesi latihan tidak lama lagi.

KCFC dijadualkan akan bertemu Terengganu FC II di Stadium Negeri, Petra Jaya apabila Liga Premier bersambung semula pada 3 Julai 2021.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Kisona juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol
Next: Atlet taekwondo boleh divaksin lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.