Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban di Daerah Lawas berjalan lancar
  • Utara
  • WILAYAH

Ibadah korban di Daerah Lawas berjalan lancar

Utusan Sarawak 4 hours ago
MELAPAH KERBAU… Petugas Masjid Besar Darul Ma’mur kelihatan melapah kerbau dengan pantas.

LAWAS: Ibadah korban di Daerah Lawas berjalan lancar dan sempurna di surau serta masjid di daerah ini.

Pengerusi Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas, Awang@Ibrahim Ahmad berkata, kerbau yang disumbangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah disembelih pagi tadi bersama beberapa ekor kerbau lain yang disumbangkan kepada Unit Saudara Kita Daerah Lawas, PERKIM Cawangan Lawas serta orang perseorangan.

PENGERUSI MASJID… Awang@Ibrahim Ahmad yang juga Setiausaha LAKHIL ketika ditemui media.

“Syukur dan terima kasih Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menyumbang sejumlah 24 ekor kerbau melalui Lembaga Hak Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL).

“Agihan kerbau untuk ibadah korban ini kita lakukan mengikut zon dan dilakukan secara pengiliran antara surau dan masjid di Lawas.

KONGSI ILMU… Junai kelihatan berkongsi cara mengasah parang hingga kepada cara menyembelih kerbau dengan pantas.

“Jadi yang tidak dapat tahun lepas maka tahun ini mereka mendapat sumbangan kerbau untuk ibadah korban,” katanya ketika ditemui media pagi tadi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Awang Tengah sumbang 24 ekor kerbau untuk ibadah korban di Lawas
Next: Program MyLesen B2 DUN Lingga sasar 1,000 penyertaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.