Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • “I Am 25” simbolik dari Pustaka Negeri
  • TEMPATAN

“I Am 25” simbolik dari Pustaka Negeri

Utusan Sarawak 4 months ago

KENANGAN… Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen (tengah) merakam gambar kenangan bersama yang lain ketika meraikan ulang tahun ke-25 dengan melancarkan simbolik “I Am 25” di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. 

PETRA JAYA: Pustaka Negeri Sarawak meraikan ulang tahun ke-25, dengan melancarkan simbolik “I Am 25” di sini, hari ini. 

Menurut satu kenyataan, majlis simbolik ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen. 

“Sempena sambutan ulang tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak turut mengadakan program penanaman pokok bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).

“Selain itu, sambutan ini akan terus disemarakkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang untuk orang awam sepanjang 2025,” katanya. 

Dalam pada itu, Pustaka turut menghargai semua kakitangan yang telah melangkah seiring sepanjang perjalanan, menyumbang kepada kejayaan dan perubahan Pustaka sejak tahun 2000 hingga kini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli. 

Continue Reading

Previous: Dasar pasang MTU meresahkan nelayan Sarawak – Tiong
Next: Tingkatkan kesedaran vaksinasi rabies, penjagaan haiwan peliharaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.